top of page

JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

Visi
Melahirkan guru berkualiti yang berilmu pengetahuan, kompeten dan profesional
Misi
Pendekatan yang holistik dan bersatu dalam mendidik guru ke arah pendidik yang berkualiti
Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) mengendalikan kursus-kursus pengajian profesional iaitu Asas Pendidikan dan Kemahiran Generik bagi siswa guru yang mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru. Melalui kursus-kursus ini, siswa guru membangunkan pemahaman mereka terhadap prinsip dan konsep teras dalam disiplin Ilmu Pendidikan. Dalam bidang pengajian profesional, siswa guru akan mempelajari sejarah, falsafah dan prinsip perkembangan, asas sosial pendidikan, amalan pedagogi dan pembelajaran manusia.
bottom of page