top of page

JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Pengenalan
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program persediaan yang ditawarkan kepada calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program ini adalah merupakan pra syarat untuk mengikuti program PISMP. Program ini telah mula dilaksanakan di IPG pada tahun 2005 dalam masa 3 semester dengan 75 kredit. Struktur kurikulum PPISMP telah berubah kepada 3 semester dengan 50 kredit.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk menyediakan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke PISMP yang dianjurkan oleh IPGM. Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan isi kandungan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang bakal diikuti pelajar di peringkat PISMP.
Kursus Kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan
Pelajar yang mengikuti program ini akan mengikuti dua bidang utama iaitu Bidang Tumpuan dan Bidang Generik. Jabatan Ilmu Pendidikan mengendalikan tiga kursus di Bidang Generik yang perlu diikuti oleh semua pelajar PPISMP. Kursus GPP1092 - Pengantar Pengajian Pendidikan dipelajari di Semester Dua. Manakala Kursus GKEB1072 - Kemahiran Belajar dan GAPD1032 Asas Pembelajaran Digital dengan 2 kredit dipelajari di Semester Dua.
bottom of page