top of page
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Pengenalan
 
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah (Mod Sepenuh Masa). Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini yang mengambil satu tahun setengah (3 semester) tahun ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara mulai Januari 2019.

Matlamat Program
 
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.


Kursus Kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan

Terdapat  Komponen Kursus yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu Kursus IPG, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Bidang Teras, Amalan Profesional dan Elektif. Jabatan Ilmu Pendidikan mengendalikan 6 Kursus Asas Pendidikan dengan 3 kredit kesemuanya yang terdiri daripada kursus-kursus berikut:

1.  EDUP2072 - Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia (Semester 1)
2.  EDUP2082 - Psikologi Pendidikan (Semester 1)
3.  EDUP2093 - Pedagogi (Semester 1)
4.  EDUP2102 - Psikologi Pendidikan (Semester 1)
5.  EDUP2122 - Pentaksiran Dalam Bilik Darjah (Semester 1)
6.  EDUP2093 - Profesional Perguruan (Semester 2)
7.  EDUP2112 - Teknologi dan Media Pengajaran (Semester 2)

 

bottom of page