top of page
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Pengenalan
 
Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini yang mengambil masa empat tahun ditawarkan di 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
 
Matlamat Program
 
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Kursus Kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan

Terdapat 6 Komponen Kursus yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu Kursus Umum, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Bidang Teras dan Kursus Elektif Terbuka. Jabatan Ilmu Pendidikan mengendalikan 8 Kursus Asas Pendidikan dengan 3 kredit kesemuanya yang terdiri daripada kursus-kursus berikut:

1.  EDUP3093 - Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia (Tahun 1 Semester 1)
2.  EDUP3103 - Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja (Tahun 1 Semester 1)
3.  EDUP3113 - Psikologi Pembelajaran (Tahun 1 Semester 2)
4.  EDUP3123 -  Pedagogi (Tahun 2 Semester 1)
5.  EDUP3133 - Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran (Tahun 2 Semester 1)
6.  EDUP3143 - Sosiologi (Tahun 2 Semester 2)
7.  EDUP3153 - Pentaksiran Dalam Pendidikan (Tahun 2 Semester 2)
8.  EDUP3083 - Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (Tahun 4 Semester 2)


© 2022 by JIP Web Committee.

bottom of page