top of page
Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI)

Pengenalan

 

Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus satu tahun setengah (3 semester) ini ditawarkan bagi menggantikan Kursus KPLI (2 semester) dan mula menggambil pelajar kumpulan pertama pada Sesi Januari 2012. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru dan guru interim mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Matlamat Program

 

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Kursus Kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan

Terdapat  Komponen Kursus yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu Kursus IPG, Kursus Asas Pendidikan, Kursus Bidang Teras, Amalan Profesional dan Elektif. Jabatan Ilmu Pendidikan mengendalikan 6 Kursus Asas Pendidikan dengan 3 kredit kesemuanya yang terdiri daripada kursus-kursus berikut:

1.  EDUP2013 - Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia (Semester 1)

2.  EDUP2023 - Psikologi Pendidikan (Semester 1)

3.  EDUP2033 - Pedagogi (Semester 1)

4.  EDUP2043 - Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Semester 2)

5.  EDUP2053 - Teknologi dan Media Pengajaran (Semester 2) * Dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pengkomputeran

6.  EDUP2063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan (Semester 2)

bottom of page